Monday, 29 October 2012

SEJARAH SMK BUKIT BANDARAYA


                                                     
                                               

JANUARI 1985

Dikenali sebagai SEKOLAH MENENGAH TAMAN BANDARAYA.Buat sementara waktu pelajar kumpulan pertama menumpang di sekolah menengah sri pantai.Pada ketika itu,pelajar sekolah ini hanya 140 orang pelajar ysng bermula dengan kelas peralihan sementara pelajar pelajar tingkatan satu menumpang di sekolah menengah bangsar.

2009 SEHINGGA SEKARANG

SMK BUKIT BANDARAYA telah berkembang dari tahun ke tahun.Selain itu,bilangan pelajar dan guru guru telah bertambah mengikut peredaran tahun.
Kini,SMKBB telah berkembang maju dengan mempunyai 5 buah bangunan yang dinamakan sempena nama perdana menteri malaysia.Jumlah pelajar seramai 1166 orang dan 78 orang tenaga pengajar serta 9 orang kakitangan pentadbiran dan 3 orang pembantu makmal.Banyak kemudahan yang disediakan seperti,makmal komputer,bilik masakan ,bilik jahitan,bengkel,makmal sains,perpustakaan,bilik darjah yang mengcukupi dan sebagainya............


MISI dan VISI

MISI SEKOLAH

Melahirkan modal insan yang unggul dalam kurikulum,kokurikulum dan sahsiah berteraskan pengurusan yang efektif dalam suasana yang kondusif dibantu komuniti yang prihatin.

VISI SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya                         
Cemerlang dan Terbilang
Di peringkat kebangsaan
Menjelang tahun 2015                         

MOTO SEKOLAH

MOTO SEKOLAH

BERILMU,BERAKHLAK,BERBAKTI

Moto ini menggambarkan sifat dan perlakuan yang menjadi inpirasi atau harapan sekolah.

BERILMU

Berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran kemahiran berguna selaras dengan wawasan negara.

BERAKHLAK

Berupaya untuk mengawal disiplin diri.bersopan santun dan bertatatertib.

BERBAKTI

Berupaya menyumbangkan usaha tenaga untuk berbakti kepada diri,keluarga,sekolah dan negara.

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH

Kami berikrar penuh setia
Mencapai cita
Patuh pada ajaran guru 
Bapa juga ibu
Ingin jadi rakyat yang berguna 
Bina nusa bangsa

Sukan juga seni budaya 
Mengikut lunas agama
Nama yang harum dibina 
SM Bukit Bandaraya.